Ahad, 29 Januari 2012

PENGALAMAN DENGAN SILVER (PERAK)

Assalamu'alaikum wrt. wbt. kepada semua pengunjung blog ini,

Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal 'afiat hendakNya. Adapun saya di sini alhamdulillah sihat juga. 

Entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang pengalaman saya dengan logam yang bernama 'silver' atau kita kata 'perak'.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih banyak kepada pembeli yang banyak menyokong saya dalam perniagaan ini selama ini.

Adapun yang belum lagi, tidak mengapa. Mungkin tidak terbuka hati untuk menyimpan harta dalam bentuk emas atau perak. Teruskan pengkajian dan pemerhatian anda, adapun saya di sini akan berkongsi pengetahuan yang ada semampu mungkin dengan niat untuk menolong anda sekalian.

Cumanya orang di negeri sebelah timur banyak yang menyimpan harta mereka dalam bentuk dua logam tadi, sebab ada kebagusannya yang tersendiri yang belum saya ceritakan sepenuhnya. Mungkin kerana sibuk dengan tugasan asal saya sebagai guru tahfiz dan warden, dan mengajar ke rumah-rumah penduduk sekitar Shah Alam tidak sempat untuk menulis secara khusus berkenaan mengembangkan kekayaan melalui emas dan perak.

Pembaca yang saya hormati sekalian,

Saya mula terlibat dengan logam perak ini tidaklah lama, baru nak hampir sebulan. Sebelum itu, memang saya ada buat bacaan sedikit tentang pelaburan/simpanan logam ini, kemudian pada tanggal 31 Disember yang lalu saya cuba beli untuk 100gram. Nak tengok kenaikannya. Harga ketika itu RM 348. Lihat:

(klik kat gambar untuk lihat lebih jelas)

Pada hari ini (29 Januari 2012), harga untuk jongkong perak 100gram adalah RM479.6 (rujuk fgjm.com.my). Makna kata kenaikannya ialah:
(RM479.6-RM348) / RM348 x 100% = 37% atau saya untung RM131.6

Tidak sampai sebulan tepat, naik 37%. Memang besar nilainya!

Bagi saya sendiri selepas ini, mahu beli yang besar sedikit pula iaitu 250gram dengan harga RM1024.

Anggaran saya untuk hujung bulan Februari atau awal Mac dengan kenaikan 37%, perak 250gram akan jadi RM1469 (untung RM445). Itu untuk harga sebulan, kalau 6 bulan, kalau setahun, 2 tahun sudah tentu meningkat naik harganya yang cukup drastik dan mengujakan saya dan anda semua.

Semoga anda semua dapat pencerahan dengan artikel kali ini. Kita jumpa lagi di entri bulan Februari nanti. Hasrat saya nak buat artikel bertajuk "Kalau saya ada jongkong emas 100gram saya boleh...". Jumpa nanti.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya untuk penjelasan (013-2505750/emasaqil@yahoo.com.my/facebook:Emas Aqil).

Sekian, wassalam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Tak sangka minat kita sama ya. InsyaAllah sama-sama laa kita mengukuhkan ekonomi Islam.

Abah Haziq & Luqman

Tanpa Nama berkata...

Salam,

"Kalau saya ada jongkong emas 100gram saya boleh...

..... boleh bayar zakatnya kalau dah cukup haul!"
InsyaAllah.

Saya tunggu artikel tu, ustaz!

Abah Haziq & Luqman

Us. Suhaimi berkata...

Salam tuan,
ye terima kasih respon tentang ayat tu.
insyaAllah ada masa saya akan buatkan artikel khas tentang zakat emas (perhiasan/perniagaan/simpanan)