Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa?
Bukan
proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa?
bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika
bukan dari emas dan perak?
Penulisan
ini akan cuba memberikan sedikit gambaran mudah berkenaan hal ini,
diikuti dengan sedikit ulasan para ulama tentangnya. Ia adalah isu yang
rumit untuk diringkas dan dipermudahkan kepada kefahaman awam, namun
saya cuba setakat yang termampu.
Sebarang tambahan penjelasan dari
mereka yang pakar adalah dialukan.
Perlu diingat, tulisan ini ditujukan kepada merkera yng bukan specialize
di bidang ini, maka saya tidak pergi kepada perincian dalam banyak
perkara bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman. Bagi mereka yang pakar
juga, saya nasihatkan anda bahawa tulisan ini tidak menjanjikan sebarang
ilmu baru buat anda.

APA ITU DUIT?
Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.
Ada
yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit.
Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi
menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut
sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan
menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai
Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).
Selain
itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan
lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah
membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf
oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan
yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut
khusus oleh Nabi s.a.w.
Dalam
perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka
berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia
sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling
ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini
akan menyusul.
FUNGSI DUIT
Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :-
1) Medium of exchange
Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.
Dahulunya,
orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang
dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari
orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.
Sebagai
contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada
sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta.
Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak
mengenali dan berada di kawasan berbeza?.
Sememangnya
amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan
berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali.
Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan
menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan
masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk
membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.
2) Store of value
Duit
juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu
ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak
kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh
masa dan boleh pula dirujuk.
Sebagai
contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas
telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak.
Akan diulas kemudian.
Sebagai
contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam
tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama
ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru,
harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu
duit.
Dalam
konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1
Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun
akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli
yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan
nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.
3) Unit of account
Ia
diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar
proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan
berkesan.
Sebagai
contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai
dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya
atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang
boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit.
Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.
Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-
- Standardizable - nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
- Diterima meluas - punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
- Divisible - Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
- Mobile - Mudah dibawa ke sana ke mari.
- Stable and durable - Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.
BERKENAAN PENCIPTAAN WANG
Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang ‘money creation'
agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket
kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami
serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut
mestilah difahami :-
1) SISTEM BRETTONS WOODS
Perbincangan
berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem
Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas
Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan
semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari
persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International
Monetary Fund (IMF). [1]
Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate).
Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce
(888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula
diikat dengan nilai US Dollar.
Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.
Persidangan Bretton Woods padatahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money,
iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia
dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta
dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.
Pada
tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah
disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung
lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap
matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya.
Namun,
masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas
yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam
simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit.
Perlu
diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus
dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi
rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila
membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan
US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan
Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku,
kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.
2) FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT
Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:
The
fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the
funds deposited with them is a function of the banking business.
Banks
borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn
lend those funds to the banks' borrowers (those in need of funds). Banks
make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage
interest rate) than is paid to depositors for use of their money.
If
banks did not lend out their available funds after meeting their
reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide
safekeeping services for their money. For the economy and the banking
system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits
on hand has an important cumulative effect. Referred to as the
fractional reserve system, it permits the banking system to "create"
money. [2]
Justeru..
Fractional reserves banking
adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN
sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan
menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.
Investopedia mentakrifkannya sebagai A
banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by
actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to
expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other
parties. Most countries operate under this type of system. [3]
Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking
adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan
meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi,
manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima
despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang
ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat
pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan,
bakinya boleh dipinjamkan.
Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;
katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:
John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.
Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
Manakala
bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah
membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang
dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD
800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.
Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.
Jumlah
USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah
menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan
dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.
Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.
Kesimpulannya,
setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali
itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah
wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi.
Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh
berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.
Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.
Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran
| |||
Nama Bank
|
Jumlah disimpan
|
Jumlah pinjaman diberikan
|
Reserves
|
A
|
1000
|
800
|
200
|
B
|
800
|
640
|
160
|
C
|
640
|
510.2
|
120.8
|
D
|
510.2
|
400.96
|
100.24
|
E
|
400.96
|
320.77
|
80.19
|
F
|
320.77
|
260.21
|
60.55
|
G
|
260.21
|
200.97
|
50.24
|
H
|
200.97
|
160.78
|
40.19
|
I
|
160.78
|
130.42
|
30.36
|
J
|
130.42
|
100.74
|
20.68
|
K
|
100.74
| ||
Total Reserves:
| |||
890.26
| |||
|
Jumlah Keseluruhan Simpanan
|
Keseluruhan yang dipinjamkan
|
Total Reserves + Last Amount Deposited:
|
4570.05
|
3570.05
|
1000
|
Bayangkan
dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem
perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak
RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah
RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.
Sila lihat graf ini pula:-

Rajah : Graf money multiplier
Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.
Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Apa yang anda faham?
Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.
3) DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)
Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Ada
yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak
mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat.
Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk
penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi,
pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan.
Natijahnya fiat
money dicipta.
Perkataan ‘fiat' pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done'.
Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh
kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta
‘from the thin air' atau dari angin sahaja.
Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai
"Currency that
a government has declared to be legal tender, despite the fact that it
has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically,
most currencies were based on physical commodities such as gold or
silver, but fiat money is based solely on faith." [4]
Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.
Jika
tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi
mereka. nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit
Malaysia.
Nilainya
wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan
manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.
Sebab
itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia
sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin
menjatuh.
Biasanya
apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan
Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak
lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau
masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi
perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi
atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang
kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.
Justeru,
cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan
sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam
negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar
pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai
matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu
inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli
ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.
4) DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI
Ini
satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem
kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut
bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.
Dalam
sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah
dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan
dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah
melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.
Ini
amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai
melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli
memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang
kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal
kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan
keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran
konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.
Bagi
mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah
ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang
boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau
meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.
Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.
Beginilah,
katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin
menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di
Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction
tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank
mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan
wang kertas dalam pasaran)
Tiada
sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En
Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada
bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air' dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.
Masalahnya,
dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000
sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar
Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar
500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?
Jawapnya,
Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam
Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya
dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.
Sudah
tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama
membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem
kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta
mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak
bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.
Itulah
yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh
Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan
interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.
Pihak
bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai
untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.
HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA
Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.
Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?
Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.
Sistem
penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama
sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang
berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit
Malaysia.
Tiba-tiba
akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai
dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah
proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang.
Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah),
dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas
fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak
dan properties,
SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?
Tidak
sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak
oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila
George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu
deras.
Selagi
kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh
negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit
kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan,
sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara
barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang
dicipta mereka.
Jikalau
matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri
dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum
terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan
berlaku?. InshaAllah tidak.
Ibn Sina pernah berkata :-
من
حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما
بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على
شيء
Ertinya
: Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam
ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia
mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan
matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu
diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada
matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh
Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga
menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]
Tamadun
Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas
dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana
kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan
nilainya sentiasa kekal. [6]
Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.
Fulus
adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman
pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi
dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh
kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir
sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya
menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]
Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]
Imam
Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan
perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak
sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]
Melalui
persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan
bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama'aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.
Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?
Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-
بخصوص
أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها
الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم
وسائر أحكامها
Ertinya
: Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya
disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu
semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang
kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli
secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat,
Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )
Keputusan
untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini
adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar
pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia
membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka
jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]
Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-
لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة
Ertinya : "Sekiranya
orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai
dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas
dan perak secara tangguh" [12]
Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.
Jika
kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat
(yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya
adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.
Namun
setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia
kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk
penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata
sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa
yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat
membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti
displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini
kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.
Fahamilah,
fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan
tidak terawang di angkasa'. Memang boleh bagi para ulama untuk
menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di
hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama
bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat
Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas.
Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan