Isnin, 16 Januari 2012

Simpan Duit Vs Beli Emas

assalamualaikum,

Simpan duit ! Mudahnya untuk menyebutnya.Saya ulang sekali lagi, “Simpan duit”. Tetapi berapa ramai yang mampu menyimpan duit.

Setiap bulan kita dapat gaji tetapi sejauhmana pula kita mengenepikan duit gaji kita untuk menyimpannya. Justeru ada yang membuat potongan gaji dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun, apabila poket kosong simpanan tersebut dikeluarkan semula. Adakah itu dikatakan simpanan? Ia tetapi hanya untuk jangka pendek. Kaedah sebegini tidak dapat membantu kita apabila dunia mengalami krisis ekonomi.
Berapa banyak yang perlu kita simpan ? dan kenapa ?
Kita mesti menyimpan sekurang-kurangnya 10-20% gaji bulanan yang diperolehi. Untuk menjadikan kewangan kita lebih stabil kita sekurang-kurangnya mempunyai jumlah simpanan 6 bulan gaji kita. Adalah tidak wajar setelah membuat simpanan duit itu kemudian digunakan untuk membeli barang yang kurang berfaedah.
Ingat! Simpanan ini mestilah dijadi dana simpanan kecemasan. Justeru apabila seseorang itu diberhentikan kerja, mereka mempunyai tempoh 6 bulan untuk mencari pekerjaan lain khususnya pekerja swasta. Manakala bagi pekerja kerajaan meskipun kurang berasiko diberhentikan kerja, namun dari aspek psikologi apabila duit dalam simpanan kita ada kita akan rasa lapang fikiran bagi menghadapi situasi kecemasan seperti sakit, kereta rosak, anak sambung belajar, pergi melancong, pergi umrah dan sebagainya.
Apa yang perlu dibuat setelaah simpanan cukup ?
Adalah tidak wajar untuk anda menyimpan semua dalam akaun simpanan. Untuk menjana pendapatan anda tidak hanya boleh menyimpan duit sahaja. Anda mesti mencari ruang dan peluang untuk membiakkan duit simpanan.

Lazimnya dua pilihan yang sering diberi keutamaan menyimpan iaitu simpan di Lembaga Urusan Tabung Haji dan Amanah Saham atau yang agak popular saham Bank Rakyat. Atau anda simpan dibawa bantal sahaja!
Perbandingan Dividen antara LUTH, KWSP, Bank Rakyat dan Emas
Jika dilihat dari jaduaal di bawah kita mendapati bahawa dividen yang memberi pulangan yang tinggi ialah Bank Rakyat, diikuti dengan ASB, KWSP dan LUTH. Namun apa yang kita perlu ingat bahawa dividen LUTH sudah termasuk zakat. Oleh itu, jika ditambah 2.5 nilai zakat bermakna LUTH mamu memberi saingan kepada ASB yang belum di tolak zakat.
Misalnya;
1. LUTH pada tahun 2011 dicampur dengan zakat menjadi 8.0%
2. ASB pada tahun 2011 ditolak dengan zakat menjadi 6.25%
3. KWSP zakat akan dibayar apabila pengeluaran dilakukan.
4. Bank Rakyat 15% sudah termasuk zakat
Meskipun Bank Rakyat menunjukkan pulangan yang lumayan, masalah yang dihadapi sukar untuk memperolehi syer sahamnya. Misalnya saya mohon RM10,000 pada tahun 2007. Namun hanya RM1,000 sahaja yang diluluskan pada Jun 2011. Setelah 4 tahun mohon (Syukur Alhamdulillah dapat juga.)
Ok. sekarang kita lihat pula Emas, kajian berasaskan Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara bagi memperlihatkan kenaikan harga emas. Gambar kenaikan harga kijang emas berupaya mengambarkan peratus kenaikan harga emas secara umum.
Harga Kijang Emas bagi berat 1 auns pada 25/7/2001 ialah RM 1089 pada tahun tarikh yang sama tahun berikutnya meningkat 15.43% (2003), 15.99%, 8.02%(2004), 12.63%(2005), 36.30%(2006), 1.57%(2007), 30.29%(2008), 10.72% (2009), 13.83%(2010) dan pada 25/7/2011 menjadi 26.43%.
Dari jadual dibawah Kijang Emas dari tahun 2001 sehingga 2011 peratus kenaikan harga dari RM 1089 ke pada harga beli RM5099 merupakan kenaikan sebanyak RM 4010 atau 368.23 %, manakala pada harga jualan peratus kenaikannya sebanyak 350.14% yang membawa keuntungan sebanyak
RM3813.00
Ha ! bagaimana masih nak bertangguh lagi.. Cuba lihat jadual di bawah dan cuba anda analisis sendiri.

Pulangan LUTH

Untuk melihat perbezaan kadar keuntugan atau pulangan antara Emas dengan dividen LUTH. Jumlah wang yang sama ketika beli Kijang Emas dibuat pengiraan iaitu sama ketika pembelian Kijang Emas pada tahun 2001 iaitu RM1089.
LUTH memberi dividen pada tahun 2002 (3.50%), 2003 (4.00%), 2004 (4.30%), 2005 (4.50%), 2006 (4.75%), 2007 (7.00%), 2008 (5.00%), 2009 (5.00%) dan 2010 (5.50%)
Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah  RM576.60. Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi  RM1,665.60 dengan kenaikan sebanyak 53%
Pulangan Bank Rakyat

Secara perbandingan bagi simpanan saham di Bank Rakyat dengan saham permulaan sama dengan pembelian Kijang Emas iaitu RM1089. Bank Rakyat memberi agihan dividen bagi tahun 2002 (15.00%), 2003 (15.00%), 2004 (15.00%), 2005 (15.00%), 2006 (15.00%), 2007 (15.00%), 2008 (15.00%), 2009 (15.00%) dan 2010 (15.00%)
Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah RM2,741.97 . Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi RM3,830.97 dengan kenaikan sebanyak 252%




Pulangan Amanah Saham Berhad

Kaedah yang sama juga digunakan bagi membandingan dengan Amanah Saham Bumiputera. Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah RM1,256.68 . Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi RM2,345.68 dengan kenaikan sebanyak 115%


Setelah anda melihat jadual dividen bagi LUTH, ASB, KWSP dan harga kenaikan emas, pastinya anda akan teruja dengan kenaikan harga emas.
Keadaan ini lebih mengejutkan apabila segala simpanan tersebut ditekan oleh kadar inflasi sekitar 2.5 - 3.00%. Jika ditolak harga inflasi pastinya dividen yang anda jangkakan tinggi sebenarnya susut disebabkan kadar inflasi.
Cuba anda lihat taburan inflasi dibawah :
Setelah melihat hebatnya pelaburan dalam emas, tidak bermakna pula saya suruh anda mengeluarkan semua simpanan anda dalam ASB, LUTH, KWSP dan ditukarkan kepada emas. Kaedah pelaburan sebegitu salah. Kita mesti mempelbagaikan pelaburan kita. Anda dicadangkan membeli emas oleh Azizi Ali sekitar 10-30% sahaja.
Setelah anda melihat kewajaran membeli emas, kenapa perlu tangguh lagi...ooo harga emas mahal ye. Yep! memang mahal setahun lepaspun begitu, dan lima tahun lepas pun mahal. Tetapi apabila harga naik, kita mula menyatakan, " ops menyesal tidak beli ",  " hush! kalau tahu beli banyak..", " hemmm lambat tahu ",  dan macam-macam yang diperkatakan...
Setelah saya paparkan maklumat ini, anda masih mahu atau tidak berazam untuk membeli emas, tidak mengapa cuma saya minta jasa baik saudara print artikel ini, simpan sehingga tahun depan atau sepuluh tahun lagi. Waktu itu anda akan senyum lebar...
Sekarang pada 29/7/2011 harga Kijang Emas 1 aun RM 5052 atau US$1627 sedangkan menerusi akhbar dijangka emas pada tahun 2010 naik RM4160 1 aun.



Akhbar Utusan Malaysia di atas melaporkan pada 17 Januari 2011 harga emas mencecah RM4650
China Business New melaporkan pada 12 Julai 2011 Harga emas mungkin akan mencecah
US$1860 pada hujung tahun.
Sekarang buatlah pilihan anda...
Saya harap perkongsian ilmu kali ini, mampu membuka minda anda untuk membeli emas. Hubungi saya, insyallah saya akan membimbing saudara bagaimana membeli emas cara betul, kaedah ar-rahnu, kedai emas menjadi kaya raya, bagaimana pelaburan untuk menunaikan ibadah haji.
Ingat emas ingat saya, us. Suhaimi 013-2505750. Segala khidmat nasihat adalah percuma. bagi tujuan mendidik lebih ramai memiliki emas anda akan diberi diskaun yang hebat...
Jika anda masih tidak tahu emas mana yang wajar dibeli sila hubungi saya. Insyallah saudara akan dibantu dan dibimbing.

Tiada ulasan: