Khamis, 22 Disember 2011

PENGENALAN PERNIAGAAN EMAS

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Firman Allah swt : "Dihiaskan bagi manusia untuk suka kepada perempuan; anak-anak; harta yang berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang terlatih; binatang ternak; dan tanam-tanaman. Demikian ialah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah ada sebaik-baik tempat kembali". (Al 'Imran 3:14)

Kepada semua pengunjung, kenalan, sahabat, keluarga yang di rahmati Allah,

Alhamdulillah segala pujian buat Allah, Pemilik perbehandaraan kekayaan di dunia dan akhirat. Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat kesemuanya. 

Pertama sekali, blog ini dibina atas dua tujuan iaitu ingin berkongsi ilmu; dan berniaga emas.

Beberapa entri berkenaan emas dari sudut pandangan Islam akan dikongsi bersama dalam laman blog ini, juga berperanan cuba menjawab beberapa soalan yang timbul dalam perniagaan emas secara teori dan realiti pada hari ini.

Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan emas secara online dan manual (manual untuk sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam) buat setakat ini.

Soalan : Adakah emas hanya untuk perhiasan kaum perempuan? Apa lagi yang boleh dibuat dengan emas? Apa beza simpan duit dengan simpan emas yang mana lebih memberi keuntungan? Dan apa pula risiko simpanan kedua-duanya?
Saya yakin ramai lagi yang belum memiliki pengetahuan asas berkenaan emas, sedangkan khazanah dunia ini sudah lama dipraktikal di zaman era kegemilangan Islam. Sehingga kini ia seolah-olah menjadi rahsia buat umat Islam.

Terus-terang saya katakan, menyimpan emas adalah lebih baik daripada menyimpan duit. InsyaAllah dalam entri akan datang saya akan hurai topik ini dalam blog saya ini.

Kepada pengunjung yang saya hargai, jika ada pertanyaan, tempahan atau apa sahaja, kita boleh berinteraksi melalui beberapa cara seperti:
1) laman sembang santai di Shoutbox (di sebelah)
2) post di bawah
3) telefon : 013-2505750
4) E-mail : emasaqil@yahoo.com.my


Salam perkenalan dari Us. Suhaimi kepada semua pengunjung.

Wassalam.

Tiada ulasan: