Assalamu'alaikum,
Letih rasanya sebab baru balik dari Port Dickson dengan anak-anak pelajar. Tapi PUAS pun ada bila program yang sudah dirancang lama ini berjaya juga dijalankan dan beberapa objektif tercapai secara tidak rasmi. REHLAH HUFFAZ MTQI 2011, motto : "Ukhuwwah Bersemi, Al-Quran di Hati".

Sebenarnya lebih seronok dengan kedatangan anak-anak pelajar baru yang bakal mendaftar pada 8 Januari nanti. Mereka ini, dipanggil untuk testing selama tiga minggu sempena cuti panjang sekolah maka bilangan para pelajar dari 50pelajar meningkat kepada 63pelajar. Program ini lebih meriah lagi dengan penyertaan dari sebahagian ibubapa pelajar dan AJK JIB dan Pengerusan.
Tanggal 18 Disember terlakar sejarah MTQI buat julung kalinya berprogram 2 hari satu malam di tempat pelancongan. Seawal jam 8pagi kami bertolak, first place Muzium Tentera Darat PD.

Dengan 5 bungalows menjadi tempat menginap dan aktiviti sepanjang tempoh rehlah tersebut. Pelbagai acara outdoor dan indoor dijalankan.

(solat berjemaah, jamak takdim qasar)

(program realiti ala Adik-adikku, Imam Cilik. Cuma tiada sponsorship untuk dibuat siaran live. hehe)

(qiyamullail tepi pantai,syahdu...)

(pelbagai juadah yang sentiasa dihidangkan)

(forum perdana MTQI bertajuk 'Ukhuwwah'. Ahli panel hebat-hebat belaka, saya hanya pengacara forum sahaja)

(sukaneka tepi pantai)
Dan pelbagai lagi acara yang dijalankan di sana. Tampak jelas keriangan anak-anak pelajar, kebersamaan ibubapa dan Ukhuwwah bersemi. Kalau pada mulanya pelajar baru segan silu dengan pelajar lama tetapi dengan program ini mereka sudah mula bertepuk-tampar sebagai adik beradik. Demikianlanlah persaudaraan yang pernah ditunjukkan oleh kaum Muhajirin dan Ansar (kaitan musim sempena sambutan Maal Hijrah).
Harapan saya semoga anak-anak ini terpaut hati mereka dengan al-Qur'an, Kalamullah nan Suci untuk selama-lamanya.
Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan