Ahad, 25 Disember 2011

EMAS IBU KEKAYAAN (1)

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat,

Alhamdulillah, sekarang ni ada kelapangan sikit. Anak-anak pelajar pun dah balik pulang ke kampung masing-masing selama seminggu, jadi bolehlah saya tumpu sedikit masa yang Allah Ta'ala beri ini untuk saya berikan kefahaman yang jelas kepada sahabat pengunjung semua tentang hebatnya emas.

Sesiapa yang di luar sana menyimpan kekayaan@simpanan hari mendatang@simpanan untuk anak belajar nanti dalam bentuk wang kertas, bacalah artikel saya dulu pada kali ini. Mungkin ada faedahnya untuk keterbukaan kita sendiri.

Pada kali ini, saya nak cerita sedikit emas yang telah saya beli untuk colection sendiri.

Simpanan saya ada sedikit kepingan-kepingan emas, tidaklah terlalu banyak seperti sifu-sifu kita di luar sana. Cumanya saya nak berkongsi tentang Dinar emas dan keajaibannya yang luar biasa.

Pada 27/5/2011 bersamaan 23 Jumadilakhir 1423H yang lalu, saya baru mula nak berjinak-jinak seperti sahabat pengunjung semua. Saya testing dulu dengan pembelian 1 Dinar emas dengan harga RM693 tunai. Lihat dinarnya serta sijil (setiap pembelian emas memang ada sijil):



Saya keluarkan Dinar emas tersebut dari casingnya, lihat:


(klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Dulu RM693, kini 25/12/2011 harga pasaran untuk 1 Dinar RM800. Untung tanpa usaha RM107. Subhanallah.. Lima tahun akan datang berapa pula harganya? Ya, setiap tahun kenaikan purata harga emas adalah 25 hingga ke 30 peratus.

Bukan faedah dari perniagaan mana-mana institusi kewangan tetapi dari emas yang saya simpan.


Tujahan:

Saya ingin bertanya kepada sahabat semua: "Simpan duit dalam bentuk kertas lebih baik atau simpan wang dalam bentuk emas lebih baik?".

Saya pasti, semuanya ada jawapan yang sama dengan saya. Ayuh kita mulakan dari sekarang. Tingkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

Entri akan datang saya akan terangkan lagi apa keuntungan yang boleh dibuat daripada 'ibu kekayaan' ini. Tetapi mulalah dari sekarang, insyaAllah anda tidak akan rugi sedikit pun.

Jumpa lagi.

Wassalam.

Tiada ulasan: