Ujar Ibn Sina: "Inilah hikmah yang dikurniakan Allah terhadap dua jenis logam ini.Kesukaran menemuinya sehingga keduanya menjadi sebagai penyandar nilai usaha manusia. Jika keduanya itu boleh diperolehi dengan mudah maka terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah."
Selasa, 27 Disember 2011
SEKARANG MASA TERBAIK UNTUK BELI EMAS
SEKARANG MASA TERBAIK UNTUK BELI EMAS, SEBAB HARGA DI PARAS RENDAH LAGI. LAGI, DIJANGKAKAN EMAS AKAN NAIK UNTUK AWAL 2012.
SEKIAN, TERIMA KASIH
MELABUR SAMBIL BERGAYA, MENGAPA TIDAK?
Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh lihat koleksi jewellery tersebut seperti di bawah:
![]() [PJBG003001] Bangle Gold Type: 916 Weight: 21.4g ± 0.1g Diameter: 55mm, 58mm, 60mm The weight of this item will possess same even though the diameter of the product is different. Please select the size when order is place. | ![]() [PJBG003002] Bangle Gold Type: 916 Weight: 21.4g ± 0.1g Diameter: 55mm, 58mm, 60mm The weight of this item will possess same even though the diameter of the product is different. Please select the size when order is place. | ||||||
![]() PJBG003003 Bangle The weight of this item will possess same even though the diameter of the product is different. Please select the size when order is place. | ![]() PJN002001-40 Necklace (40cm) | ||||||
![]() PJN002001-50 Necklace (50cm) | ![]() PJN002001-60 Necklace (60cm) | ||||||
![]() [PJN002001-70] Necklace Gold Type: 916 Weight: 19.8g ± 0.1g Length: ≈70cm | ![]() [PJN002002-40] Necklace Gold Type: 916 Weight: 14.9g ± 0.1g Length: ≈40cm | ||||||
![]() [PJN002002-50] Necklace Gold Type: 916 Weight: 18.6g ± 0.1g Length: ≈50cm | ![]() [PJN002002-60] Necklace Gold Type: 916 Weight: 22.3g ± 0.1g Length: ≈60cm | ||||||
![]() [PJN002002-70] Necklace Gold Type: 916 Weight: 24.3g ± 0.1g Length: ≈70cm | ![]() [PJN002003-40] Necklace Gold Type: 916 Weight: 15.4g ± 0.1g Length: ≈40cm | ||||||
![]() PJN002003-50 Necklace (50cm) | ![]() PJN002003-60 Necklace (60cm) | ||||||
![]() [PJN002003-70] Necklace Gold Type: 916 Weight: 26.8g ± 0.1g Length: ≈70cm | ![]() Necklace Gold Type: 916 Weight: 14.2g ± 0.1g Length: ≈40cm | ||||||
![]() PJN002004-50 Necklace (50cm) | ![]() PJN002004-60 Necklace (60cm)[PJN002004-60] | ||||||
![]() [PJN002004-70] Necklace Gold Type: 916 Weight: 24.5g ± 0.1g Length: ≈70cm | ![]() Necklace Gold Type: 916 Weight: 14.8g ± 0.1g Length: ≈40cm | ||||||
![]() [PJN003001-50] Necklace Gold Type: 916 Weight: 17.0g ± 0.1g Length: ≈50cm | ![]() [PJN004001] Necklace Gold Type: 916 Size : 50cm, 60cm, 70 cm Weight: 21.4g ± 0.1g The weight of this item will possess same even though the size of the product is different. Please select the size when order is place. | ||||||
![]() [PJN004002] Necklace Gold Type: 916 Size : 50cm, 60cm, 70 cm Weight: 21.4g ± 0.1g The weight of this item will possess same even though the size of the product is different. Please select the size when order is place | ![]() [PJP002001A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 8.6g ± 0.1g | ||||||
![]() PJP002002A Pendant | ![]() PJP002003A Pendant | ||||||
![]() [PJP002004A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 7.4g ± 0.1g | ![]() [PJP002005A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 6.1g ± 0.1g | ||||||
![]() [PJP002007A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916Weight: 5.6g ± 0.1g | ![]() [PJP002010A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 7.3g ± 0.1g | ||||||
![]() [PJP002011A] Pendant *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 9.6g ± 0.1g | ![]() [PJPE002001A] Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 21.8g ± 0.1g | ||||||
![]() [PJPE002002A] Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 14.4g ± 0.1g | ![]() [PJPE002003A] Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 18.0g ± 0.1g | ||||||
![]() PJPE002004A Pendant & Earring Set | ![]() Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 17.6g ± 0.1g | ||||||
![]() Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 13.6g ± 0.1g | ![]() Pendant & Earring Set *Chain sold separately Gold Type: 916 Weight: 9.6g ± 0.1g | ||||||
![]() [PJSB002001] Diana Series – Bracelet Gold Type: 916 Weight: 25.8g ± 0.1g Length: ≈19.0cm | ![]() Diana Series – Earring Gold Type: 916 Weight: 17.3g ± 0.1g | ||||||
![]() [PJSN002001] Diana Series – Necklace Gold Type: 916 Weight: 71.0g ± 0.1g Length: ≈43.0cm | ![]() Diana Series – Ring Gold Type: 916 Weight: 5.4g ± 0.1g Diameter: ≈22.0mm |
Ahad, 25 Disember 2011
EMAS IBU KEKAYAAN (2)
CIRI-CIRI EMAS YANG PERLU DIKETAHUI
Salam sahabat emas,
Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya katakan semua jenis emas bentuk dan berat yang ada adalah baik untuk dimiliki sebagai collection.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman dan kajian pantauan, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor2 ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain, dan setiap syarikat mempunyai polisi terhadap pembeli emas mereka.
1) Jenis - jenis produk pelaburan Public Gold, berat dan cadangan penggunaannya :
Public Gold adalah satu-satunya syarikat yang menerima balik emas keluaran mereka sekalipun tercalar, terguris dan bengkok(setakat saya tahu syarikat ini sahaja yang begitu). Mereka akan terima jualan kita semula tanpa ada apa-apa syarat. Di sini untungnya sebelah pembeli iaitu emas PG dapat kita gadaikan di al-Rahnu mana-mana institusi kewangan sebagai modal apa jua bisnes termasuk emas juga (saya akan ajarkan di masa akan datang bermain dengan niaga emas selepas gadai emas, tunggu).
EMAS PG :
1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.
Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, ataupun menyimpan wang kertas semata-mata. Maka pemilihan cara seperti ini lebih menguntungkan lagi.
2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.
Pada bila-bila masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila-bila masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.
3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.
Produk rantai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana-mana Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.
Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki. Paling kurang anda boleh hadiahkan kepada pasangan anda, dalam masa yang sama itu juga sebagai simpanan yang berkembang.
PERAK
1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan00g (1 kg)
Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.
Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.
2) Syiling Kijang Emas - 1 oz, 1/2 oz, dan 1/4 oz.
Produk ini amat baik bagi sesiapa yang ingin bermain dengan pelaburan emas bagi jangka masa pendek. Ini ada kaitannya dengan artikel yang bakal saya kongsikan seperti yang saya nyatakan di atas.
Kelebihan produk ini, beza harga jualan dan belian semula adalah dekat lebih kurang 3% bagi 1oz berbanding produk lain yang sampai 10%. Ini amat menguntungkan jika anda tahu cara manapulasi emas untuk dapat wang tunai.
Selain itu, ianya bagus juga untuk simpanan bagi tempoh masa yang lama. Contoh pada hujung tahun 2006, Ali berniat untuk menyimpan wang sebagai tabungan pendidikan anaknya di masa akan datang. Padahal anaknya tahun hadapan (2007) bakal masuk ke sekolah menengah tingkatan 1. Dibelikan 2 oz syiling kijang emas berharga setiap satu RM2,468 = RM4,936.
Syiling tersebut disimpan (selama 5 tahun) sehingga anaknya tamat belajar. Pada Disember 2011, selepas tamat SPM anaknya bakal masuk ke mana-mana IPT untuk peringkat diploma maka wang tunai diperlukan. Syiling Kijang Emas itu pun dijual kembali maka nilainya pada Disember 2011 adalah RM5,600 setiap satu = RM11,200. Kalau diperlukan untuk pendaftaran dan permulaan pengajian anaknya hanya RM8,000 maka baki bolehlah dia beralih kepada 1/2 oz pula untuk mulakan balik simpanan baru.
Cuma, kekurangannya ialah tidak boleh calar. Bagi saya sebagai pelabur emas agak kecewa sedikit kerana produk ini tidak boleh dipajak gadai.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya baca dari testimoni kebanyakkan orang sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI.
Wassalam.
EMAS IBU KEKAYAAN (1)
Alhamdulillah, sekarang ni ada kelapangan sikit. Anak-anak pelajar pun dah balik pulang ke kampung masing-masing selama seminggu, jadi bolehlah saya tumpu sedikit masa yang Allah Ta'ala beri ini untuk saya berikan kefahaman yang jelas kepada sahabat pengunjung semua tentang hebatnya emas.
Sesiapa yang di luar sana menyimpan kekayaan@simpanan hari mendatang@simpanan untuk anak belajar nanti dalam bentuk wang kertas, bacalah artikel saya dulu pada kali ini. Mungkin ada faedahnya untuk keterbukaan kita sendiri.
Pada kali ini, saya nak cerita sedikit emas yang telah saya beli untuk colection sendiri.
Simpanan saya ada sedikit kepingan-kepingan emas, tidaklah terlalu banyak seperti sifu-sifu kita di luar sana. Cumanya saya nak berkongsi tentang Dinar emas dan keajaibannya yang luar biasa.
Pada 27/5/2011 bersamaan 23 Jumadilakhir 1423H yang lalu, saya baru mula nak berjinak-jinak seperti sahabat pengunjung semua. Saya testing dulu dengan pembelian 1 Dinar emas dengan harga RM693 tunai. Lihat dinarnya serta sijil (setiap pembelian emas memang ada sijil):
Saya keluarkan Dinar emas tersebut dari casingnya, lihat:
(klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas)
Dulu RM693, kini 25/12/2011 harga pasaran untuk 1 Dinar RM800. Untung tanpa usaha RM107. Subhanallah.. Lima tahun akan datang berapa pula harganya? Ya, setiap tahun kenaikan purata harga emas adalah 25 hingga ke 30 peratus.
Bukan faedah dari perniagaan mana-mana institusi kewangan tetapi dari emas yang saya simpan.
Tujahan:
Saya ingin bertanya kepada sahabat semua: "Simpan duit dalam bentuk kertas lebih baik atau simpan wang dalam bentuk emas lebih baik?".
Saya pasti, semuanya ada jawapan yang sama dengan saya. Ayuh kita mulakan dari sekarang. Tingkatkan ekonomi keluarga masing-masing.
Entri akan datang saya akan terangkan lagi apa keuntungan yang boleh dibuat daripada 'ibu kekayaan' ini. Tetapi mulalah dari sekarang, insyaAllah anda tidak akan rugi sedikit pun.
Jumpa lagi.
Wassalam.
HUJUNG PENA
Letih rasanya sebab baru balik dari Port Dickson dengan anak-anak pelajar. Tapi PUAS pun ada bila program yang sudah dirancang lama ini berjaya juga dijalankan dan beberapa objektif tercapai secara tidak rasmi. REHLAH HUFFAZ MTQI 2011, motto : "Ukhuwwah Bersemi, Al-Quran di Hati".
Sebenarnya lebih seronok dengan kedatangan anak-anak pelajar baru yang bakal mendaftar pada 8 Januari nanti. Mereka ini, dipanggil untuk testing selama tiga minggu sempena cuti panjang sekolah maka bilangan para pelajar dari 50pelajar meningkat kepada 63pelajar. Program ini lebih meriah lagi dengan penyertaan dari sebahagian ibubapa pelajar dan AJK JIB dan Pengerusan.
Tanggal 18 Disember terlakar sejarah MTQI buat julung kalinya berprogram 2 hari satu malam di tempat pelancongan. Seawal jam 8pagi kami bertolak, first place Muzium Tentera Darat PD.
Dengan 5 bungalows menjadi tempat menginap dan aktiviti sepanjang tempoh rehlah tersebut. Pelbagai acara outdoor dan indoor dijalankan.
(solat berjemaah, jamak takdim qasar)
(program realiti ala Adik-adikku, Imam Cilik. Cuma tiada sponsorship untuk dibuat siaran live. hehe)
(qiyamullail tepi pantai,syahdu...)
(pelbagai juadah yang sentiasa dihidangkan)
(forum perdana MTQI bertajuk 'Ukhuwwah'. Ahli panel hebat-hebat belaka, saya hanya pengacara forum sahaja)
(sukaneka tepi pantai)
Dan pelbagai lagi acara yang dijalankan di sana. Tampak jelas keriangan anak-anak pelajar, kebersamaan ibubapa dan Ukhuwwah bersemi. Kalau pada mulanya pelajar baru segan silu dengan pelajar lama tetapi dengan program ini mereka sudah mula bertepuk-tampar sebagai adik beradik. Demikianlanlah persaudaraan yang pernah ditunjukkan oleh kaum Muhajirin dan Ansar (kaitan musim sempena sambutan Maal Hijrah).
Harapan saya semoga anak-anak ini terpaut hati mereka dengan al-Qur'an, Kalamullah nan Suci untuk selama-lamanya.
Wassalam.