By : Sabri Ahmad

Perkataaan insurans sudah tidak asing bagi kita di zaman sekarang .
Semua orang tahu secara asas apa itu insurans namun tidak ramai yang
betul-betul memahami secara detil apa itu insurans termasuk saya
.Dulu saya suka gelarkan “insurans itu penipu” . Luahan tersebut
terhasil disebabkan kurangnya ilmu mengenai insurans.So nasihat kepada
diri sendiri dan rakan-rakan sekalian , cari ilmu sebelum membuat
sebarang kenyataan.

Apa yang dapat saya rumuskan mengenai insurans adalah :
Sekarang terdapat dua kategori iaitu , “Insuran Konvensional”
merupakan kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (jika ada).
Manakala “Insurans Takaful” pula merupakan kontrak menderma dan
tolong-menolong (bukan membeli polisi) kepada satu tabung bagi membantu
sesiapa yang dilanda musibah.Insurans konvensional dan insurans takaful
pula mempunyai 2 pecahan asas iaitu “hayat” dan
perubatan/kemalangan.Cukuplah sekadar intro mengenai insurans kerana
saya bukan seorang agen insurans tetapi agen emas fizikal / usahawan
emas fizikal.Untuk maklumat lebih detil sila baca di Wikipedia
atau boleh tanya dengan agen insurans / kawan / search di
internet.Kalau nak lihat senarai syarikat/organisasi yang menyediakan
perkhidmatan insurans boleh lihat di website Bank Negara Malaysia.
Berbalik kepada topik asal kita pada hari ini mengenai “Insurans Emas
Fizikal ” . Mengikut pengetahuan saya , belum ada syarikat/organisasi
yang menyediakan perkhidmatan insurans dalam bentuk emas fizikal .
Persoalannya MENGAPA ? Sama-sama kita kaji dan fikirkan…….
Tahukah anda sebenarnya anda boleh cipta sendiri insurans anda tanpa
melibatkan pihak lain.BAGAIMANA ? Caranya adalah melalui “beli emas
fizikal ” . Semua orang kata ” emas adalah penyimpan nilai terbaik ” ,
kalis inflasi , susah untuk dimanipulasi dan pelaburan paling minima
risiko.So hari ini saya tambah satu lagi kelebihan adalah insurans
terbaik untuk anda. Untuk renungan bersama :
Setiap bulan anda mengeluarkan duit fiat untuk membayar pakej
insurans yang anda langgan . Bila “mengalami saat kecemasan , anda perlu
memohon bantuan mengikut pakej yang anda langgan.”Nota : Setiap tahun
nilai “duit fiat” semakin susut.
Anda mengeluarkan duit fiat untuk beli emas . Bila “mengalami saat
kecemasan , anda boleh jual / gadai tanpa perlu mengikut pakej.”Nota :
Setiap tahun nilai “emas” semakin naik.
Kesimpulan dalam soal ini adalah , masing-masing mempunyai kelebihan
dan keburukan tersendiri.Anda sendiri yang menentukan pilihan.Buatlah
pilihan terbaik untuk diri anda untuk kehidupan sementara yang lebih
mendamaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan