Rabu, 29 Februari 2012

BUKTI BANK NEGARA MALAYSIA : Emas Bernilai RM6000 Selepas 5 Tahun Menjadi RM14000

Assalamu'alaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, semoga semua sihat belaka.

Kali ni, saya cuba untuk meyakinkan lagi kepada semua pelanggan dan pengunjung blog ini. Lebih-lebih lagi, tanggal 29 Feb ni rugi rasanya kalau tak ada entri untuknya sebab bukan senang nak berjumpa dengan tarikh ini.

Saya cuba bawa kepada semua sahabat untuk melihat data kenaikan emas melalui rekod simpanan Bank Negara Malaysia kita sebab dengan cara ini kita lebih yakin untuk dijadikan rujukan. 

Apapun sebenarnya cuba  set minda kita bahawa emas adalah salah satu anugerah Allah untuk manusia kalis daripada serangan ekonomi global kerana kekebalan itemnya dari inflasi, fiat dan penyangak matawang duit di setiap zaman. 

Ini kerana pengetahuan asas matawang dunia bahawa setiap matawang berdasarkan dolar Amerika dan dolar Amerika berdasarkan emas dunia. (Boleh baca di artikel ini)

Baiklah, cuba kita imbas kembali emas pada lima tahun sebelum ini. Pada tanggal 3/1/2007 syiling kijang emas 1 oz (31.1 gram) bernilai RM2385 (rujuk sini). Tetapi harga semalam, 28/2/2012 ianya sudah bernilai RM5650 (rujuk sini). Ini bermakna emas dunia mengalami kenaikan sebanyak 237%.

Cuba kita lihat sifir jika kita ada membeli emas ketika tahun 2007 tersebut dengan nilai RM6000 berapa pula nilai emas milik kita dengan kenaikan 237% tersebut?

237% / 100% x RM6000 = RM14,220.

Maka sudah tentu kita sudah boleh tersenyum lebar dengan nilai emas sebanyak itu.

Lalu bagaimana pula nasib mereka yang buat loan peribadi pada ketika itu sebanyak RM100,000 dan kesemua duit itu digunakan untuk beli emas?

Mari kita kira:

237% / 100% x RM100,000 = RM237,000.

Oleh itu, fikirkan nasib diri anda untuk akan datang kerana kita yang menentukan masa depan kita.

Berikan peluang kepada diri  kita untuk memiliki simpanan emas. Jika tidak mampu dengan nilai besar, mulakan dengan nilai yang kecil seperti 1 dinar dengan harga RM854 sahaja.

(237% / 100% x RM854 = RM2024)

Adapun sesiapa yang boleh buat loan, lakukanlah kerana anda tidak akan rugi walaupun sedikit.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubah nasib mereka".

Fikir-fikirkan, dan renung-renungkan. Semoga kita beroleh manfaat dunia dan akhirat.

Manfaat dunia, masa depan yang cerah. Manfaat akhirat, dunia yang dijadikan sebagai jambatan ke syurga Allah.

Sekian, kita berjumpa lagi. Wassalam.




Selasa, 21 Februari 2012

Emas Fizikal Sebagai Insurans Anda Sekeluarga

By : Sabri Ahmad

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang masih dahaga dengan info/ilmu terkin  i.Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberi oleh Allah Taala , saya masih mampu berfikir dan mengerakkan fizikal untuk berkongsi apa yang terbuku di fikiran ini.

Perkataaan insurans sudah tidak asing bagi kita di zaman sekarang . Semua orang tahu secara asas apa itu insurans namun tidak ramai yang betul-betul memahami secara detil apa itu insurans termasuk saya :) .Dulu saya suka gelarkan “insurans itu penipu” . Luahan tersebut terhasil disebabkan kurangnya ilmu mengenai insurans.So nasihat kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian , cari ilmu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Apa yang dapat saya rumuskan mengenai insurans adalah :
Sekarang terdapat dua kategori iaitu , “Insuran Konvensional” merupakan kontrak pembelian polisi bagi menanggung kerugian (jika ada). Manakala “Insurans Takaful” pula merupakan kontrak menderma dan tolong-menolong (bukan membeli polisi) kepada satu tabung bagi membantu sesiapa yang dilanda musibah.Insurans konvensional dan insurans takaful pula mempunyai 2 pecahan asas iaitu “hayat” dan perubatan/kemalangan.Cukuplah sekadar intro mengenai insurans kerana saya bukan seorang agen insurans tetapi agen emas fizikal / usahawan emas fizikal.Untuk maklumat lebih detil sila baca di Wikipedia atau boleh tanya dengan agen insurans / kawan / search di internet.Kalau nak lihat senarai syarikat/organisasi yang menyediakan perkhidmatan insurans boleh lihat di website Bank Negara Malaysia.

Berbalik kepada topik asal kita pada hari ini mengenai “Insurans Emas Fizikal ” . Mengikut pengetahuan saya , belum ada syarikat/organisasi yang menyediakan perkhidmatan insurans dalam bentuk emas fizikal . Persoalannya MENGAPA ? Sama-sama kita kaji dan fikirkan…….

Tahukah anda sebenarnya anda boleh cipta sendiri insurans anda tanpa melibatkan pihak lain.BAGAIMANA ? Caranya adalah melalui “beli emas fizikal ” . Semua orang kata ” emas adalah penyimpan nilai terbaik ” , kalis inflasi , susah untuk dimanipulasi dan pelaburan paling minima risiko.So hari ini saya tambah satu lagi kelebihan adalah insurans terbaik untuk anda. Untuk renungan bersama :
Setiap bulan anda mengeluarkan duit fiat untuk membayar pakej insurans yang anda langgan . Bila “mengalami saat kecemasan , anda perlu memohon bantuan mengikut pakej yang anda langgan.”Nota : Setiap tahun nilai “duit fiat” semakin susut.

Anda mengeluarkan duit fiat untuk beli emas . Bila “mengalami saat kecemasan , anda boleh jual / gadai tanpa perlu mengikut pakej.”Nota : Setiap tahun nilai “emas” semakin naik.

Kesimpulan dalam soal ini adalah , masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri.Anda sendiri yang menentukan pilihan.Buatlah pilihan terbaik untuk diri anda untuk kehidupan sementara yang lebih mendamaikan.

Sabtu, 18 Februari 2012

BEZA PELBAGAI PERLABURAN


Harap sahabat pengunjung semua dapat fahami penyampaian dalam video tersebut.

Sayonara! Wassalam

Selasa, 14 Februari 2012

IZINKAN DIRI ANDA UNTUK MEMILIKI EMAS...

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, perniagaan semakin rancak. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang beli emas dengan saya dan tidak kurang juga mereka yang banyak bertanya.

Bagi saya kepada mereka yang masih bertanya tentang emas kepada saya, sebenarnya telah memberi sedikit ruang dan peluang kepada dirinya untuk memiliki emas.

First, saya berharap semua orang memiliki emas. Samada banyak atau sedikit  bukan persoalannya, persoalan utamannya ialah adakah saya sudah mula mengumpulkan emas untuk diri, keluarga di masa hadapan tidak kira samada dengan secara berdikit atau menimbun.

Ada satu cerita yang saya nak masukkan di sini sebagai tatapan semua.

Saya ada seorang sahabat baik semenjak dari Darul Quran Jakim sehingga ke Mesir dan sehingga sekarang. Dia ni orang glamor dalam dunia al-Qur'an. Kalau disebut namanya pasti yang akan kenal (tetapi eloknya saya silentkan namanya atas sebab privasi sebagai seorang sahabat).

Pada asalnya dia seorang yang kurang keyakinan untuk kumpul harta dengan emas. Just kumpul dengan duit sahaja. Kalau diterangkan tentang kenakalan operasi fiat pun dia masih tak percaya apa yang saya katakan. Mungkin dia tak termakan dengan cerita fiat money ni. Tapi takpa, mungkin Allah akan buka hatinya satu masa hari nanti (doa saya dalam hati).

Sehinggalah pada satu hari, adik-beradik beliau nak sambung belajar ke timur tengah dan terpaksa memakan belanja yang banyak sebab tidak dapat bantuan dari mana-mana pihak.

Ibu beliau pun keluarkan koleksi emas perhiasannya untuk pergi gadaikan. Emas-emas tersebut adalah hadiah dari atuk beliau. Dikumpulkanlah emas yang dari kecil hingga dewasa, berjumlah RM3000 (tiga ribu) mengikut harga masa dahulu (ujar ibu beliau tentang harga beli semua emas tu).

Apabila ibu beliau pergi ke tempat pajak gadai dan menyerahkan emas tiga ribu tersebut, pinjaman yang diperolehi ialah sebanyak sembilan belas ribu (RM19,000). Terkejut ibu beliau dengan angka tersebut. Tetapi itulah tuah orang yang menyimpan emas semenjak awal. Tuah ayam di kakinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Terus dia call saya dan nak buat pembelian sebanyak RM6000. Dalam hati saya berkata: "Wah ini mesti nak lebih dari ibu beliau ni!huhu".

Mari kita buat kiraan, agak-agak berapa gram emas yang ibu beliau simpan?

Pinjaman melalui pajak adalah 65% dari nilai emas yang digadaikan. Nilai ni memang sudah dimaklumi cuma Agrobank ada tawaran sehingga 70%, takpa tinggalkan perbincangan tu.

Kalau 19 ribu adalah 65%, maka 100% emas itu berharga:

100% / 65% x RM19,000 = RM29,230.

Kalau harga sekarang RM201 / gram, maka kuantiti emas ibu beliau ialah:

RM29,230 / RM201 = 145 gram.


Kita kira pula berapa lama dia simpan?

Mengikut cerita sahabat saya ni emas tersebut bukan niat ibunya mahu menyimpan, tetapi yang memang ibu beliau pakai sebagai basahan harian. Cumanya emas yang kosong, padat takda hiasan corak sangat.

Mari kita kira berapa lama ibu beliau simpan?

Purata kenaikan setiap tahun ialah 28%.Maka dari emas yang RM3000 pada asal harganya dengan kenaikan 28% itu, maka:

Tahun pertama, RM3000 x 28% = RM840, so tahun tu emas tu jadi RM3840.

Tahun ke-2, RM3840 x 28% = RM4915.

Tahun ke-3 = RM6291

Ke-4 = RM8052.

Ke-5 = RM10,307.

Ke-6 = RM13,193.

Ke-7 = RM16,887.

Ke-8 = RM21,615.

Ke- 9 = 27,667. (Mungkin kiraan saya tak sampai RM29,230 sebab ada tahun yang kenaikannya sampai kepada 35%)

Cuba lihat sahabat semua, hanya dengan emas RM3000 simpan selama 9 tahun sahaja beliau sudah peroleh nilai seangka RM29 ribu lebih.

Apa kata kalau kita simpan emas RM3000 sekarang agak-agaknya berapa pula harganya untuk sembilan tahun kita akan datang? Apa agaknya anda akan buat ketika 9 tahun akan datang dengan duit tu? Pergi haji? buka bisnes? Kalau saya buka bisnes pastu pergi haji, hehe...

(Nota : Kiraan di atas adalah sekadar mengikut congakan yang biasa diketahui oleh peminat emas, bukan mengikut kiraan yang tepat kerana hal itu memerlukan semakan dari fail-fail yang cukup lama.)

Untuk lebih lanjut call/sms 0132505750, atau emel emasaqil@yahoo.com.my


Ahad, 12 Februari 2012

SILVER ~ 100g, 250g, 500g, 1kg

 Metal: Ag
Weight (g): 100
Size (W x L, mm): 25 x 48
Thickness (mm): 8
Purity: 999


 Metal: Ag
Weight (g): 250
Size (W x L, mm): 35 x 70
Thickness (mm): 10
Purity: 999



 Metal: Ag
Weight (g): 500
Size (W x L, mm): 40 x 88
Thickness (mm): 14
Purity: 999



Metal: Ag
Weight (g): 1000
Size (W x L, mm): 52 x 114
Thickness (mm): 17
Purity: 999

i - Series ~ loket, gelang, rantai ~ 5g, 10g, 20g, 50g, 100g









Pendant Bracelet Necklace
5g 10g 20g
10g
50g


100g

DINAR EMAS ~ 1d, 5d, 10d

Metal: Au
Weight (g): 4.25
Diameter (mm): 18
Thickness (mm): 0.72
Purity: 916



Metal: Au
Weight (g): 21.25
Diameter (mm): 32
Thickness (mm): 1.50
Purity: 916



Metal: Au
Weight (g): 42.50
Diameter (mm): 38
Thickness (mm): 2.18
Purity: 916



GOLD BAR ~ 10g, 20g, 50g, 100g, 250g

Metal: Au
Weight (g): 10
Size (W x L, mm): 15 x 24
Thickness (mm): 1.5
Purity: 999.9
 
 
 

Metal: Au
Weight (g): 20
Size (W x L, mm): 16 x 25
Thickness (mm): 3
Purity: 999.9



Metal: Au
Weight (g): 50
Size (W x L, mm): 24 x 37
Thickness (mm): 3.5
Purity: 999.9



Metal: Au
Weight (g): 100
Size (W x L, mm): 35 x 54
Thickness (mm): 3
Purity: 999.9



 
 Metal: Au
Weight (g): 250
Size (W x L, mm): 50 x 80
Thickness (mm): 6
Purity: 999.9

Jumaat, 3 Februari 2012

MEGA TRADE-IN

Assalamualaikum kepada sahabat semua,

Sekarang ada plan untuk sesiapa yang nak trade-in apa jua emas x-brand kepada Public Gold dan Amsyiq Gold.

Dari 1 Februari hingga 29 Februari 2012.

Untuk maklumat lanjut hubungi saya : 013-2505750/emasaqil@yahoo.com.my/Facebook:Emas Aqil.

Khamis, 2 Februari 2012

FIAT DAN INFLASI DALAM MATAWANG

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 
Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa?
 
Bukan proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa? bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika bukan dari emas dan perak?
 
Penulisan ini akan cuba memberikan sedikit gambaran mudah berkenaan hal ini, diikuti dengan sedikit ulasan para ulama tentangnya. Ia adalah isu yang rumit untuk diringkas dan dipermudahkan kepada kefahaman awam, namun saya cuba setakat yang termampu. 

Sebarang tambahan penjelasan dari mereka yang pakar adalah dialukan.
 
Perlu diingat, tulisan ini ditujukan kepada merkera yng bukan specialize di bidang ini, maka saya tidak pergi kepada perincian dalam banyak perkara bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman. Bagi mereka yang pakar juga, saya nasihatkan anda bahawa tulisan ini tidak menjanjikan sebarang ilmu baru buat anda.
emas
 
APA ITU DUIT?
Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.
Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).
 
Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.
 
Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul.
 
FUNGSI DUIT
Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :-
 
1)      Medium of exchange
Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.
Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.
 
Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?.
Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.
 
2)      Store of value
Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk.
 
Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian.
Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit.
 
Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.
 
3)      Unit of account
Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan.
Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.
 
Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-
  1. Standardizable - nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
  2. Diterima meluas - punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
  3. Divisible - Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
  4. Mobile - Mudah dibawa ke sana ke mari.
  5. Stable and durable - Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.
BERKENAAN PENCIPTAAN WANG
Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang ‘money creation' agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut mestilah difahami :-
 
1)                  SISTEM BRETTONS WOODS
Perbincangan berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). [1]
 
Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar.
 
Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.
 
Persidangan Bretton Woods padatahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas.  Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.
 
Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya.  
 
Namun, masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit.
 
Perlu diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.
 
2)                   FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT
Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:
 
The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business.
 
Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks' borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money.
 
If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to "create" money. [2]
 
Justeru..
Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.
 
Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3]
 
Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN.  Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan.
 
Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;
katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:
 
John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.
Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
 
Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya.  Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
 
Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.
 
Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.
 
Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.
 
Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.
 
Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.
 
Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.
 
Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran
Nama Bank
Jumlah disimpan
Jumlah pinjaman diberikan
Reserves
A
1000
800
200
B
800
640
160
C
640
510.2
120.8
D
510.2
400.96
100.24
E
400.96
320.77
80.19
F
320.77
260.21
60.55
G
260.21
200.97
50.24
H
200.97
160.78
40.19
I
160.78
130.42
30.36
J
130.42
100.74
20.68
K
100.74





Total Reserves:



890.26


Jumlah Keseluruhan Simpanan
Keseluruhan yang dipinjamkan
Total Reserves + Last Amount Deposited:

4570.05
3570.05
1000
 
Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.
 
Sila lihat graf ini pula:-
  duit berganda
 
Rajah : Graf money multiplier
Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.
Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Apa yang anda faham?
Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.
 
3)   DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)
Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Ada yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. 

Natijahnya fiat money dicipta.
Perkataan ‘fiat' pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done'. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air' atau dari angin sahaja.
Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai
 
"Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith." [4]
 
Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.
 
Jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia.
 
Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.
 
Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.
 
Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.
 
Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.
 
4)                  DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI
 
Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.
 
Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.
 
Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.
 
Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.
 
Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.
 
Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang  kertas dalam pasaran)
 
Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air' dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.
 
Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?
 
Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.
 
Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.
 
Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.
 
Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di  matawang kertas kita dan USD hari ini.
 
HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA
Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.
 
Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?
 
Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.
 
Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia.
 
Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties,  

SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?
 
Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras.
 
Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.
 
Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak.
 
Ibn Sina pernah berkata :-
من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيء
Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]
 
Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6]
 
Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.
 
Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]
 
Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]
 
Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang.  Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud  sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]
 
Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama'aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.
 
Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?
 
Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-
بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها
Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )
 
Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]
 
Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-
لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة
Ertinya : "Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh" [12]
 
Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.
 
Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.
 
Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.
 
Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa'. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.