Ahad, 29 Januari 2012

PENGALAMAN DENGAN SILVER (PERAK)

Assalamu'alaikum wrt. wbt. kepada semua pengunjung blog ini,

Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal 'afiat hendakNya. Adapun saya di sini alhamdulillah sihat juga. 

Entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang pengalaman saya dengan logam yang bernama 'silver' atau kita kata 'perak'.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih banyak kepada pembeli yang banyak menyokong saya dalam perniagaan ini selama ini.

Adapun yang belum lagi, tidak mengapa. Mungkin tidak terbuka hati untuk menyimpan harta dalam bentuk emas atau perak. Teruskan pengkajian dan pemerhatian anda, adapun saya di sini akan berkongsi pengetahuan yang ada semampu mungkin dengan niat untuk menolong anda sekalian.

Cumanya orang di negeri sebelah timur banyak yang menyimpan harta mereka dalam bentuk dua logam tadi, sebab ada kebagusannya yang tersendiri yang belum saya ceritakan sepenuhnya. Mungkin kerana sibuk dengan tugasan asal saya sebagai guru tahfiz dan warden, dan mengajar ke rumah-rumah penduduk sekitar Shah Alam tidak sempat untuk menulis secara khusus berkenaan mengembangkan kekayaan melalui emas dan perak.

Pembaca yang saya hormati sekalian,

Saya mula terlibat dengan logam perak ini tidaklah lama, baru nak hampir sebulan. Sebelum itu, memang saya ada buat bacaan sedikit tentang pelaburan/simpanan logam ini, kemudian pada tanggal 31 Disember yang lalu saya cuba beli untuk 100gram. Nak tengok kenaikannya. Harga ketika itu RM 348. Lihat:

(klik kat gambar untuk lihat lebih jelas)

Pada hari ini (29 Januari 2012), harga untuk jongkong perak 100gram adalah RM479.6 (rujuk fgjm.com.my). Makna kata kenaikannya ialah:
(RM479.6-RM348) / RM348 x 100% = 37% atau saya untung RM131.6

Tidak sampai sebulan tepat, naik 37%. Memang besar nilainya!

Bagi saya sendiri selepas ini, mahu beli yang besar sedikit pula iaitu 250gram dengan harga RM1024.

Anggaran saya untuk hujung bulan Februari atau awal Mac dengan kenaikan 37%, perak 250gram akan jadi RM1469 (untung RM445). Itu untuk harga sebulan, kalau 6 bulan, kalau setahun, 2 tahun sudah tentu meningkat naik harganya yang cukup drastik dan mengujakan saya dan anda semua.

Semoga anda semua dapat pencerahan dengan artikel kali ini. Kita jumpa lagi di entri bulan Februari nanti. Hasrat saya nak buat artikel bertajuk "Kalau saya ada jongkong emas 100gram saya boleh...". Jumpa nanti.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya untuk penjelasan (013-2505750/emasaqil@yahoo.com.my/facebook:Emas Aqil).

Sekian, wassalam.

Selasa, 24 Januari 2012

EMAS IBU KEKAYAAN 3

Menyimpan Emas Sambil Melabur


Assalamualaikum,

Berikut adalah antara petikan yg saya ambil dari 2 buah e-book mengenai pelaburan emas untuk kita kongsi bersama:

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
 
Rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
http://www.kitco.com
dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Cth yg dialami penulis e-book tsb:
“Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini (22/8/2009) harga emas 916 mencecah harga RM122 segram!!”
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun).

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1,114.00 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561. Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!

Jika dibandingkan dgn pelaburan dalam bentuk wang, Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?

Rata-rata ibu-bapa memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.
Sejarah pula membuktikan nilai emas tidak pernah susut (dlm jangka masa sederhana & panjang) atau hilang harganya. Pada zaman Rasulallah saw harga aseekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun lamanya harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. (Bagaimana kalau kita beli kambing guna duit kertas pada beberapa tahun dahulu berbanding masa sekarang)Nampak bukan kehebatan emas ini :-)

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

KELEBIHAN KIJANG EMAS.
1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
5. Harga yang rendah
6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.

KELEMAHAN KIJANG EMAS.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB
1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga yang rendah
5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.
4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana
pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh
menjadi agen Public Gold.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% – 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-rahn
4. Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn

KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%
2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.


KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.

KEBURUKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka
juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, penulis e-book tidak
menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

KOMEN PENULIS MENGENAI PELABURAN AKAUN SIMPANAN:
1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.
2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk
emas fizikal.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya
memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.
4. Adapun segi hukum syarak rujuk artikel saya sebelum ini.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI
EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.

MEMILIH EMAS FIZIKAL ATAU AKAUN SIMPANAN EMAS?
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Jawapan penulis: BELI EMAS FIZIKAL.

Emas fizikal jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.
 
Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik
sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

Tetapi, jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah penulis tsb cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.

Berhati-hati pula dengan SKIM Pelaburan Emas.
 
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik
perhatian pelabur.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai risiko kebaikan dan keburukan tersendiri.
Contohnya: kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pelaburan emas fizikal & akaun simpanan emas. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit.

Tapi SKIM pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program skim pelaburan emas. Anda boleh rugi besar.


Isnin, 23 Januari 2012

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 
emas oh emas
 
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK


Petikan info dari maybank2u.com.my

Benefits

  • Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
  • Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
  • Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
  • Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
  • Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
  • Possible hedge against inflation

Who can apply

  • Individuals
  • Joint account - maximum 4 persons

How it works

The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.
Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:
  • Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
  • Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
  • Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account

Khamis, 19 Januari 2012

KILAUAN YANG TERSELINDUNG

[KENAPA TAKUT BELI EMAS]

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat,

Sekarang saya sibuk dengan sahabat dan adik beradik yang ingin mendalami maksud kekayaan sebenar ini. Ramai yang masih ragu-ragu dengan kekuatan emas dan perak.

Soalan yang biasa saya dapat: "Emas ni nak beli berapa ye?mahal sangat la", "Eh, kalau beli emas ni kena masuk downline kau ke?", "kalau gadai emas tu kenapa ye?" dan macam-macam lagi pertanyaan yang saya dapat.

Bagi saya, semua orang kena faham betul-betul dengan emas. Emas kijang 1oz pada tahunn 2002 hanya berharga RM1000 lebih, tetapi sekarang harganya RM5000 lebih.

Emas ni memang sentiasa mahal kalau kita tak mengerti kenaikannya. Kalau anda katakan ia mahal, sila tunggu tempoh tahun depan berapa pula nilainya. Mungkin dengan kenaikan 20% paling minima jadi RM6000 lebih. Tunggu lah lagi tahun depannya, pun sama jugak ia akan bertambah jadi RM7000 lebih pula. Kita tidak akan nampak ia kembali RM1000 lebih macam tahun 2002 tu kembali.

Kerana sekarang 'our time', kita kena lihat untuk masa depan. Masa lalu jadikan bahan kajian dan renungan sahaja. Itu yang utamanya.

Kalau rasakan mahu tetapi berat kerana masalah kewangan, beli yang kecil-kecil dulu setiap bulan. Saya sendiri jual banyak produk sebagai pilihan, Ada yang 999, 916, 1gram, 2gram, 5gram,1 dinar, 1/2 dinar dan sebagainya (lihat Harga Emas di sebelah).

Kedua,masalah downline ni. Bila saya offer jual emas ke kekawan ada yang meraskan nanti dia akan jadi downline saya. Saya bukan syarikat MLM, atau syarikat mana-mana pelaburan. Saya hanya menjual emas. Itu je tugas saya.

Bila ada orang beli emas daripada saya dengan harga yang terpampang di sebelah, saya serahkan emas tersebut lalu saya sudah tidak ada kaitan dengan orang dan emas tersebut kedua-duanya.

Ini bukan masalah bisnes multilevel, ini bisnes jual produk. Anda pergi ke gerai sarapan, anda beli nasi lemak sebungkus. Adakah anda akan jadi downline peniaga tu? Tidak sama sekali. Macam tu juga dengan saya, anda beli emas daripada saya dan emas itu kepunyaan anda dan keturunan anda masa depan. Saya hanya peniaga. Saya = peniaga nasi lemak tadi.

Tuan/puan,

Bisnes emas dengan saya adalah mudah. Walaupun saya tiada kedai tetapi saya tetap adalah seoarang peniaga. Cukup tahun saya bayar zakat perniagaan.

Last soalan kali ini: "Apa maksud gadaian".

Kalau nak buat gadaian kita kena tahu :
1) Kenapa kita nak gadai emas?
2) Apa maksud mudah gadai yang boleh saya faham?
3) Bila saya selesai gadai emas, apa yang saya perlu tahu tentang selepas proses gadaian tersebut?

"Kenapa kita nak gadai emas?". Bagi saya mudah kerana kita nak buat modal bisnes, deposit rumah, kereta, perkahwinan dan macam-macam lagi.

Soalan : "Kalau nak mula bisnes pun kenapa nak pi gadai emas pulak? baik terus guna duit tunai yang ada!". Memang betul anggapan macam tu, cumanya macam saya terangkan di atas tadi emas makin lama kita simpan makin mahal harganya. Hari anda gadai emas 100gram (sebagai contoh) dapat RM 12 000, mungkin 2 tahun lagi anda nak gadai lagi emas 100 gram tu, dapat pula RM16 835 pula. Nampak tak (kalau tak ulang baca balik).

Berbeza kalau anda guna duit tunai, duit tu akan terguna sekali tu sahaja. Kalau bisnes anda untung itu dipanggil keuntungan.

Maksud gadai yang mudah kita faham ialah pinjam. Cumanya gadai ni umpama pinjaman yang disertakan dengan sesuatu barang sebagai  tebusan jika kita tidak dapat bayar balik. Nabi saw pernah buat gadaian dengan baju besi perang untuk dapatkan duit.

Bila anda sudah gadaikan emas, maka anda perlu tahu kos pinjaman yang anda pinjam dan kos upah simpan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Kalau anda menggunakan duit gadaian untuk bisnes, bila dapat untung simpan untuk tebus kembali emas tersebut.

Apa yang akan jadi kalau saya tidak dapat tebus kembali?

Jawapannya, pihak yang memberi pinjaman akan jual emas tersebut mengikut harga semasa jualan dilangsungkan. Kemudian baki selepas ditolak pinjaman dan kos upah simpan akan dipulangkan kepada anda.

Biasanya tempoh gadaian 6 bulan, 12 bulan ke atas. Automatik anda kena faham emas anda juga sedang meningkat selama tempoh itu.

Rasanya cukup setakat ini artikel saya. saya berharap pembaca semua dapat keterbukaan sedikit tentang harta kepunyaan zaman berzaman ini.

Kita jumpa di lain kali. Wassalam.


Selasa, 17 Januari 2012

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

Salam semua,

Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?


So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini :)

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)



Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88% :)

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
.
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)


Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas :)

Jangan pinjam along dah ler…
Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu :)
.

Isnin, 16 Januari 2012

Simpan Duit Vs Beli Emas

assalamualaikum,

Simpan duit ! Mudahnya untuk menyebutnya.Saya ulang sekali lagi, “Simpan duit”. Tetapi berapa ramai yang mampu menyimpan duit.

Setiap bulan kita dapat gaji tetapi sejauhmana pula kita mengenepikan duit gaji kita untuk menyimpannya. Justeru ada yang membuat potongan gaji dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun, apabila poket kosong simpanan tersebut dikeluarkan semula. Adakah itu dikatakan simpanan? Ia tetapi hanya untuk jangka pendek. Kaedah sebegini tidak dapat membantu kita apabila dunia mengalami krisis ekonomi.
Berapa banyak yang perlu kita simpan ? dan kenapa ?
Kita mesti menyimpan sekurang-kurangnya 10-20% gaji bulanan yang diperolehi. Untuk menjadikan kewangan kita lebih stabil kita sekurang-kurangnya mempunyai jumlah simpanan 6 bulan gaji kita. Adalah tidak wajar setelah membuat simpanan duit itu kemudian digunakan untuk membeli barang yang kurang berfaedah.
Ingat! Simpanan ini mestilah dijadi dana simpanan kecemasan. Justeru apabila seseorang itu diberhentikan kerja, mereka mempunyai tempoh 6 bulan untuk mencari pekerjaan lain khususnya pekerja swasta. Manakala bagi pekerja kerajaan meskipun kurang berasiko diberhentikan kerja, namun dari aspek psikologi apabila duit dalam simpanan kita ada kita akan rasa lapang fikiran bagi menghadapi situasi kecemasan seperti sakit, kereta rosak, anak sambung belajar, pergi melancong, pergi umrah dan sebagainya.
Apa yang perlu dibuat setelaah simpanan cukup ?
Adalah tidak wajar untuk anda menyimpan semua dalam akaun simpanan. Untuk menjana pendapatan anda tidak hanya boleh menyimpan duit sahaja. Anda mesti mencari ruang dan peluang untuk membiakkan duit simpanan.

Lazimnya dua pilihan yang sering diberi keutamaan menyimpan iaitu simpan di Lembaga Urusan Tabung Haji dan Amanah Saham atau yang agak popular saham Bank Rakyat. Atau anda simpan dibawa bantal sahaja!
Perbandingan Dividen antara LUTH, KWSP, Bank Rakyat dan Emas
Jika dilihat dari jaduaal di bawah kita mendapati bahawa dividen yang memberi pulangan yang tinggi ialah Bank Rakyat, diikuti dengan ASB, KWSP dan LUTH. Namun apa yang kita perlu ingat bahawa dividen LUTH sudah termasuk zakat. Oleh itu, jika ditambah 2.5 nilai zakat bermakna LUTH mamu memberi saingan kepada ASB yang belum di tolak zakat.
Misalnya;
1. LUTH pada tahun 2011 dicampur dengan zakat menjadi 8.0%
2. ASB pada tahun 2011 ditolak dengan zakat menjadi 6.25%
3. KWSP zakat akan dibayar apabila pengeluaran dilakukan.
4. Bank Rakyat 15% sudah termasuk zakat
Meskipun Bank Rakyat menunjukkan pulangan yang lumayan, masalah yang dihadapi sukar untuk memperolehi syer sahamnya. Misalnya saya mohon RM10,000 pada tahun 2007. Namun hanya RM1,000 sahaja yang diluluskan pada Jun 2011. Setelah 4 tahun mohon (Syukur Alhamdulillah dapat juga.)
Ok. sekarang kita lihat pula Emas, kajian berasaskan Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara bagi memperlihatkan kenaikan harga emas. Gambar kenaikan harga kijang emas berupaya mengambarkan peratus kenaikan harga emas secara umum.
Harga Kijang Emas bagi berat 1 auns pada 25/7/2001 ialah RM 1089 pada tahun tarikh yang sama tahun berikutnya meningkat 15.43% (2003), 15.99%, 8.02%(2004), 12.63%(2005), 36.30%(2006), 1.57%(2007), 30.29%(2008), 10.72% (2009), 13.83%(2010) dan pada 25/7/2011 menjadi 26.43%.
Dari jadual dibawah Kijang Emas dari tahun 2001 sehingga 2011 peratus kenaikan harga dari RM 1089 ke pada harga beli RM5099 merupakan kenaikan sebanyak RM 4010 atau 368.23 %, manakala pada harga jualan peratus kenaikannya sebanyak 350.14% yang membawa keuntungan sebanyak
RM3813.00
Ha ! bagaimana masih nak bertangguh lagi.. Cuba lihat jadual di bawah dan cuba anda analisis sendiri.

Pulangan LUTH

Untuk melihat perbezaan kadar keuntugan atau pulangan antara Emas dengan dividen LUTH. Jumlah wang yang sama ketika beli Kijang Emas dibuat pengiraan iaitu sama ketika pembelian Kijang Emas pada tahun 2001 iaitu RM1089.
LUTH memberi dividen pada tahun 2002 (3.50%), 2003 (4.00%), 2004 (4.30%), 2005 (4.50%), 2006 (4.75%), 2007 (7.00%), 2008 (5.00%), 2009 (5.00%) dan 2010 (5.50%)
Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah  RM576.60. Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi  RM1,665.60 dengan kenaikan sebanyak 53%
Pulangan Bank Rakyat

Secara perbandingan bagi simpanan saham di Bank Rakyat dengan saham permulaan sama dengan pembelian Kijang Emas iaitu RM1089. Bank Rakyat memberi agihan dividen bagi tahun 2002 (15.00%), 2003 (15.00%), 2004 (15.00%), 2005 (15.00%), 2006 (15.00%), 2007 (15.00%), 2008 (15.00%), 2009 (15.00%) dan 2010 (15.00%)
Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah RM2,741.97 . Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi RM3,830.97 dengan kenaikan sebanyak 252%




Pulangan Amanah Saham Berhad

Kaedah yang sama juga digunakan bagi membandingan dengan Amanah Saham Bumiputera. Anggaran jumlah keuntungan dividen keseluruhan dari simpanan asal RM 1089, ialah RM1,256.68 . Maka jumlah simpanan dan dividen menjadi RM2,345.68 dengan kenaikan sebanyak 115%


Setelah anda melihat jadual dividen bagi LUTH, ASB, KWSP dan harga kenaikan emas, pastinya anda akan teruja dengan kenaikan harga emas.
Keadaan ini lebih mengejutkan apabila segala simpanan tersebut ditekan oleh kadar inflasi sekitar 2.5 - 3.00%. Jika ditolak harga inflasi pastinya dividen yang anda jangkakan tinggi sebenarnya susut disebabkan kadar inflasi.
Cuba anda lihat taburan inflasi dibawah :
Setelah melihat hebatnya pelaburan dalam emas, tidak bermakna pula saya suruh anda mengeluarkan semua simpanan anda dalam ASB, LUTH, KWSP dan ditukarkan kepada emas. Kaedah pelaburan sebegitu salah. Kita mesti mempelbagaikan pelaburan kita. Anda dicadangkan membeli emas oleh Azizi Ali sekitar 10-30% sahaja.
Setelah anda melihat kewajaran membeli emas, kenapa perlu tangguh lagi...ooo harga emas mahal ye. Yep! memang mahal setahun lepaspun begitu, dan lima tahun lepas pun mahal. Tetapi apabila harga naik, kita mula menyatakan, " ops menyesal tidak beli ",  " hush! kalau tahu beli banyak..", " hemmm lambat tahu ",  dan macam-macam yang diperkatakan...
Setelah saya paparkan maklumat ini, anda masih mahu atau tidak berazam untuk membeli emas, tidak mengapa cuma saya minta jasa baik saudara print artikel ini, simpan sehingga tahun depan atau sepuluh tahun lagi. Waktu itu anda akan senyum lebar...
Sekarang pada 29/7/2011 harga Kijang Emas 1 aun RM 5052 atau US$1627 sedangkan menerusi akhbar dijangka emas pada tahun 2010 naik RM4160 1 aun.



Akhbar Utusan Malaysia di atas melaporkan pada 17 Januari 2011 harga emas mencecah RM4650
China Business New melaporkan pada 12 Julai 2011 Harga emas mungkin akan mencecah
US$1860 pada hujung tahun.
Sekarang buatlah pilihan anda...
Saya harap perkongsian ilmu kali ini, mampu membuka minda anda untuk membeli emas. Hubungi saya, insyallah saya akan membimbing saudara bagaimana membeli emas cara betul, kaedah ar-rahnu, kedai emas menjadi kaya raya, bagaimana pelaburan untuk menunaikan ibadah haji.
Ingat emas ingat saya, us. Suhaimi 013-2505750. Segala khidmat nasihat adalah percuma. bagi tujuan mendidik lebih ramai memiliki emas anda akan diberi diskaun yang hebat...
Jika anda masih tidak tahu emas mana yang wajar dibeli sila hubungi saya. Insyallah saudara akan dibantu dan dibimbing.

Rabu, 11 Januari 2012

PERBANDINGAN HARGA EMAS UNTUK 6 HARI

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Cuba lihat pada layout Harga Emas. Emas sekarang dah naik sedikit. Mengikut pakar-pakar emas bulan Jun setiap tahun emas akan melonjak naik.

Di layout Harga Emas saya buatkan harga perbandingan dengan 6 hari yang lalu. 

Orang yang bijak bukan berfkir bila masa yang sesuai untuk dia beli emas tetapi ialah bila masa yang sesuai untuk dia jual emas.

Sekian, jumpa lagi.

Isnin, 9 Januari 2012

PENGALAMAN MEMAJAK EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua.
Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba.
Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan.
Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula :)
Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:
1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank.
Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)
Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00
Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.
So saya tak recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:
1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.
Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.
Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini.
1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 
2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711

Pengalaman memajak emas di Bank Rakyat.


Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar.
Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil.
gold_bar_PAMP_Suisse
Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai
Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah.
Dalam 15-20 minit aje dah selesai.
Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan.
Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok.
Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)

Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.
Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.
Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.
Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).
Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500.
Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00
Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab
(Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah)
Pengiraan:
Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00
Nilai pinjaman yang diberikan  = 65% x RM64 500.00
= RM41 925.00  (dibundarkan jadi RM41 900.00)
Upah simpan = 0.75% x RM64 500.00 (nilai marhum)
= RM483.00 sebulan (tapi kena bayar RM485.08)
Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6
= RM2910.45
.

Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat.
 Kebaikan:
1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut
Kelemahan:
1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan

Pengalaman memajak emas di Agro Bank.


Saya ada memajak emas PAMP Suisse 50gram (plastik biru) dan Kijang Emas 1Oz di Agro Bank Melaka.
Ini kerana Agro Bank boleh menerima gold bar yang ada gambar untuk dipajakkan.

PAMP Suisse 50gram yang digadai


Kijang emas yang digadai
Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.
Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.
Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.
Bagi kes saya, saya ambil 70% :)

Ini adalah resit gadaian emas Agro Bank

Klik untuk besarkan
 Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.
Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.
Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.
Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi :)

Lain-lain fakta:

Institusi lain yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu (setahu saya):
Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, jemput ke forum jutawanemas.
Sekian terima kasih.

Khamis, 5 Januari 2012

HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS PUTIH

Soalan :

Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?

JAWAPAN :
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: “halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda: “Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh , fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html

Juga disebut bahawa :-

“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

(sumber http://www.zaharuddin.net/)

Ahad, 1 Januari 2012

Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?


Cerita Ringkas je...

Soalannya agak kasar, namun saya akan tinggalkan tanda tanya dengan beberapa situasi di bawah. Mungkin anda boleh buat kesimpulan dan menjawab soalan di atas. Andaikata dalam situasi pertama, saya mempunyai wang ringgit berjumlah RM47,200.00.


Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?

Kayanya saya ada RM47,200! Macam macam boleh dibuat dengan duit ini, tapi saya nak simpan. Bolehkah saya terus simpan di bank atau tukarkan kepad kepingan emas? Dalam kes ini, saya akan tukarkan kepada kepingan dinar emas. Bagaimana menukarkan Ringgit Malaysia kepada Dinar Emas?

Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?

Nah, saya dapat 1,2,3,4,5,6….76 keping Dinar Emas yang berharga RM620 setiap keping. Jadi apa saya nak buat dengan 76 keping dinar emas ini? Simpan! Sampai bila? Sampai betul betul nak gunakan duit kertas.

Itu cerita setahun lepas, harini apa hasilnya? Nilai semasa bagi 76 keping dinar emas tersebut ialah RM60,800 dengan pertambahan/kenaikan sebanyak RM13,600 (29%) untuk tempoh masa 10 bulan dengan RM1,360 sebulan.

Jadi, pada pendapat anda berbaloikah jika anda tukarkan Ringgit Malaysia kepada Dinar Emas atau Bar Emas? Apa akan jadi kepada RM47,200 kalau saya tidak tukarkan kepada Dinar Emas? Masih sama nilainya atau sudah berkurangan sebab terguna untuk beli barangan rumah?

P/s Gambar dan cerita asal oleh Pelabur Jutawan